Bapa kami yang di syurga,
dikuduskanlah nama-Mu,
datanglah kerajaan-Mu,
jadilah kehendak-Mu,
di bumi seperti di syurga.
Berikanlah kami pada hari ini makanan harian kami,
dan ampunilah kesalahan kami,
seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami.
Dan janganlah bawa kami ke dalam pencubaan,
tetapi selamatkanlah kami daripada si jahat.
Kerana Engkaulah yang empunya kerajaan, kuasa, dan kemuliaan sampai selama-lamanya.
Amin.
0
/ 40
Tap or swipe after completing the prayer